Pengetahuan skematis kaunselor berpengalaman dan novis dalam konseptualisasi masalah : Implikasi terhadap program latihan kaunselor

Omar, Maizuyah and Ishak, Mai Sum yati and Othman, Mohd. Razali (1998) Pengetahuan skematis kaunselor berpengalaman dan novis dalam konseptualisasi masalah : Implikasi terhadap program latihan kaunselor. In: In Proceedings of CSC '98 National Conference on Cognitive Science 28-29 September 1998, Kuala Lumpur, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Pengetahuan skematis kaunselor berpengalaman dan novis dalam konseptualisasi masalah Implikasi terhadap program latihan kaunselor.pdf

Download (67kB) | Preview

Abstract

Kajian nu bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan skernatis kaunselor berpengalaman dan novis dalam menghubungkaitkan maklumat untuk mengkonseptualisasikan masalah klien. Secara spesifrknya, kajian ini memerhatikan fokus, rangka dan elemen pengetahuan skematis serta aspek inferens yang digunakan oleh kaunselor semasa cuba meneroka masalah sebenar klien Protokol lisan (verbal proctocol) dua orang kaunselor (seorang mempunyai 10 tahun pengalaman sebagai kaunselor dan seorang lagi mempunyai pengalaman kurang daripada satu tahun sebagai kaunselor sekolah) dirakamkan semasa kaunselor berkenaan menuturkan apa yang sedang difikirkan (think aloud) semasa sedang cuba mengkonseptualisasikan masalah daripada satu sesi kaunseling sebenar yang dirakam secara audio visual. Klien yang terlibat dalam sesi kaunseling terskam dikenalpasti sedang menghadapi masalah kebimbangan berdasarkan ujian menggunakan slat inventori STAI. Protokol lisan yang diperolehi ditranskripsikan dan dianalisis menggunakan analisis protokol lisan. Analisis ini kemudiannya dipastikan kesahan dan kebolehpercayaannya dengan menggunaan teknik triangulasi. Keputusan kajian menunjukkan tidak wujud perbezaan signifrkan dari segi fokus konseptualisasi masalah di kalangan kedua-dua subjek Rangka pengetahuan skematis menunjukkan bahawa kanuselor berpengalaman melakukan konseptualisasi secara menyeluruh dan mendalam (deep searching) serta merangkumi semua elemen kritikal pengkonseptualisasi masalah Model Lima Tahap DASIE: membina hubungan dan kepercayaan klien-kaunselor, menganalisis masalah klien dan menghubungkaitkan dengan kesilapan kognitif yang wujud dalam diri klien, membimbing klien merancang intervensi untuk menyelesaikan masalahnya serta memberikan kemahiran yang diperlukan, membimbing dalam melaksanakan intervensi yang dipilih dan membimbing klien menggunakan kemahiran kendiri untuk mengatasi masalahnya. Kaunselor novis bagaimanapun hanya melakukan konseptualisasi masalah secra tidak mendalam dan tidak menggunakan dua elemen penting: matlamat klien dan membimbing klien menggunakan kemahiran yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Kajian juga menunjukkan bahawa kaunselor berpengalaman melakukan inferens terhadap pelbagai aspek klien iaitu aspek-aspek lisan, penman dan tingkah laku, berbanding novis yang lebih tertumpu kepada aspek lisan klien sahaja.

Item Type: Proceeding (Paper)
Additional Information: Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 02 Jul 2014 03:46
Last Modified: 02 Jul 2014 03:46
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/3400

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item