Pendekatan Kaunseling mengikut Pendekatan Psikologi Kognitif Ad-Din dalam Modul Latihan Dalam Kumpulan: Kerja Lapangan bersama dengan Anak Yatim

Amalia, Madihie and Tan, Hua Khim and Rosliza, Ahmad and Norzaliza, Alis (2011) Pendekatan Kaunseling mengikut Pendekatan Psikologi Kognitif Ad-Din dalam Modul Latihan Dalam Kumpulan: Kerja Lapangan bersama dengan Anak Yatim. In: Seminar Psikologi Malaysia 2011.

[img]
Preview
PDF
Pendekatan Kaunseling mengikut Pendekatan Psikologi Kognitif Ad-Din dalam Modul Latihan Dalam Kumpulan Kerja Lapangan bersama dengan Anak Yatim.pdf

Download (86kB) | Preview
[img]
Preview
PDF
Pendekatan Kaunseling mengikut Pendekatan Psikologi Kognitif Ad-Din dalam Modul Latihan Dalam Kumpulan Kerja Lapangan bersama dengan Anak Yatim.pdf

Download (86kB) | Preview

Abstract

Kertas kerja ini merupakan satu kajian awal yang memfokuskan satu pendekatan Psikologi Kognitif ad-Din dalam pembinaan modul latihan dalam kumpulan (LDK) yang telah dikemukakan sebagai menghayati dimensi pendekatan kaunseling daripada sudut perspektif Islam secara komprehensif untuk memahami fitrah perlakuan manusia. Modul LDK telah dibina berdasarkan pendekatan Psikologi Kognitif ad-Din yang menitikberatkan empat pembolehubah iaitu konsep kendiri, harga diri, keyakinan kendiri, dan regulasi kendiri di kalangan anak yatim lelaki di sebuah rumah anak yatim di Selangor. Seramai empat orang fasilitator dan 19 orang peserta telah terlibat di dalam program latihan dalam kumpulan ini. Program ini telah dijalankan selama satu hari yang melibatkan pendekatan ceramah dan latihan dalam kumpulan berdasarkan empat pembolehubah dan latihan dalam kumpulan. Satu modul telah dijalankan sekurang-kurangnya tiga jam dan pembincangan samada dalam kumpulan kecil atau besar dijalankan. Daripada hasil pembincangan, peserta mengatakan bahawa mereka dapat memahami konsep ad-Din dan mesej yang hendak disampaikan dapat diterima. Malah mereka telah mengatakan bahawa kepentingan regulasi kendiri dalam penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan. Akhir sekali, implikasi dan cadangan kajian juga dibincang di dalam kertas kerja ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS
Uncontrolled Keywords: Kaunseling, Education, Kertas kerja, Pendekatan Psikologi Kognitif ad-Din, Modul, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Konsep Kendiri, Harga diri, Keyakinan Diri, Regulasi Kendiri,Anak Yatim, Unimas, university, universiti, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, undergraduate, postgraduate, research
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 02 Jul 2014 03:44
Last Modified: 17 Sep 2015 08:39
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/3398

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item