Model Pembuatan Keputusan dalam Pemilihan Teori Kaunseling

Mohammad Roose, Aina Razlin and Mohd Said, Siti Norazilah and Aden, Edris (2013) Model Pembuatan Keputusan dalam Pemilihan Teori Kaunseling. In: Kajian ini telah dibentangkan di 19th PERKAMA International Counselling Convention pada 9-11 Jun 2013 di Kuala Lumpur. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Model Pembuatan Keputusan dalam Pemilihan Teori Kaunseling.pdf

Download (16kB) | Preview
Official URL: http://www.oikoscounseling.com/

Abstract

Teori psikoterapi merupakan elemen asas yang penting dalam menyumbang kepada sesi kaunseling yang teraputik. Pelajar kaunseling, kaunselor pelatih, dan kaunselor novis yang masih kurang cekap dalam mengendalikan proses kaunseling berkemungkinan besar berhadapan dengan kesukaran untuk menentukan hala tuju dan matlamat sesi tanpa aplikasi teori. Teori bukan sahaja berperanan membantu kaunselor mengendalikan sesi dengan menggunakan teknik teknik bersesuaian, tetapi juga membimbing kaunselor memahami isu yang dihadapi oleh klien secara konseptual. Dalam abad ke-21, terdapat lebih 400 jenis teori yang menterjemahkan masalah manusia melalui pelbagai perpektif. Maka adalah penting bagi seorang kaunselor untuk memilih teori yang bertepatan dengan kepercayaan dan ciri-ciri peribadi agar kaunselor tersebut selesa dalam mengaplikasikan teori. Kajian ini menumpukan kepada penghasilan model untuk membantu kaunselor mengenalpasti teori yang bersesuaian dengannya. Ia dijalankan secara kualitatif dan persampelan spesifik dengan menggunakan kaedah temuramah 5 orang mahasiswa Program Sarjana Muda Kaunseling yang mendapat keputusan cemerlang dalam kursus Teori Kaunseling. Peserta kajian dilihat dapat mengenalpasti teori yang bersesuaian untuk diaplikasikan berdasarkan minat, pengalaman hidup, kepercayaan, nilai yang dipegang dan kesesuaian peribadi. Selain itu, pengkaji turut menggunakan bahan-bahan kajian lepas sebagai sokongan kepada pembentukan model ini.

Item Type: Proceeding (Paper)
Additional Information: Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS
Uncontrolled Keywords: teori psikoterapi, pemilihan teori kaunseling, model pemilihan teori, 2013, Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS, universiti, university, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, IPTA, education, undergraduate, research
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 01 Jul 2014 07:03
Last Modified: 05 Oct 2015 02:30
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/3372

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item