Faktor-faktor yang mempengaruhi komitmen pekerja di organisasi awam

Asri, Marsidi and Hamrila, A. Latip (2007) Faktor-faktor yang mempengaruhi komitmen pekerja di organisasi awam. Jurnal Kemanusiaan, 10. ISSN 1675-1930

[img]
Preview
PDF
Faktor-faktor yang mempengaruhi komitmen pekerja di organisasi awam (abstract).pdf

Download (61kB) | Preview

Abstract

Kajian ini melihat gelagat pekerja tentang komitmen terhadap organisasi. Penyelidik menganalisis hubungan signifikan di antara angkubah bebas seperti faktor demografik, faktor psikologi dan faktor organisasi dengan komitmen pekerja terhadap organisasi. Kajian dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang diterima daripada 113 kakitangan awam di beberapa jabatan kerajaan. Kajian mendapati bahawa purata keseluruhan bagi komitmen pekerja terhadap organisasi hanya berada di tahap sederhana iaitu pada kadar 58.4 peratus. Elemen tahap pendidikan dalam angkubah demografik didapati mempunyai hubungan korelasi positif pada aras keyakinan 0.05 kepada komitmen pekerja terhadap organisasi, manakala elemen-elemen demografik lain seperti usia, status perkahwinan, tempoh perkhidmatan dan pendapatan tidak menunjukkan hubungan korelasi yang signifikan ke atas komitmen pekerja terhadap organisasi. Angkubah psikologi pula menunjukkan tahap hubungan korelasi positif kepada komitmen pekerja terhadap organisasi pada aras keyakinan 0.01. Korelasi angkubah organisasi dengan komitmen pekerja pula menunjukkan tahap hubungan korelasi positif pada aras keyakinan 0.01.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: komitmen, organisasi awam, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 07 Aug 2017 06:15
Last Modified: 07 Aug 2017 06:15
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/17033

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item