Pendekatan Kaunseling Terhadap Mangsa Penderaan Seksual Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Jamayah, Saili and Sharifah Haziqah, Syed Hassan (2016) Pendekatan Kaunseling Terhadap Mangsa Penderaan Seksual Dalam Kalangan Kanak-Kanak. In: International Seminar on Professional Counselling 2016, Hilton, Kuching. (Unpublished)

[img] PDF
ProCoun_IR2.docx

Download (12kB)

Abstract

Kajian lepas mengenai penderaan kanak-kanak telah banyak dilakukan namun masih terdapat kurang kajian yang menjurus kepada intervensi terhadap penderaan seksual kanak-kanak. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti pendekatan kaunseling atau kaedah serta intervensi yang sesuai digunakan ke atas mangsa penderaan seksual dalam kalangan kanak-kanak. Peserta kajian terdiri daripada lima orang kaunselor berdaftar yang pernah mengendalikan kes penderaan seksual kanak-kanak yang berkhidmat di daerah Kuching, Sarawak dan Kota Tinggi, Johor. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu dengan menemu bual kaunselor berdaftar berdasarkan soalan separa berstruktur. Data yang diperolehi pula dianalisis secara bertema menggunakan kaedah analisis bertema (Braun & Clarke, 2006). Dapatan kajian menunjukkan terdapat persamaan antara dapatan yang diperolehi dari kajian lepas dari aspek intervensi penderaan seksual. Analisis bertema aspek intervensi telah mengenalpasti strategi yang digunakan, proses rawatan dan kaedah pencegahan. Terdapat perbezaan dalam proses pelaksanaan rawatan, iaitu limitasi tertentu dalam menjalankan rawatan. Hal ini disebabkan oleh pihak kaunselor dan mangsa terikat dengan prosedur undang-undang di Malaysia. Implikasi kajian ke arah bidang kaunseling serta hala tuju untuk penyelidikan masa depan turut dibincangkan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kaunseling, Penderaan, Seksual, Kanak-kanak, Intervensi, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Jamayah bt Saili
Date Deposited: 17 Nov 2016 08:09
Last Modified: 17 Nov 2016 08:09
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/14310

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item