Peranan Golongan Muda Dalam Perubahan Agama Masyarakat Murut Tahol, Di Sabah

Abd Hakim, Mohad and Ahmad Tarmizi, Talib and Fatahyah, Yahya (2014) Peranan Golongan Muda Dalam Perubahan Agama Masyarakat Murut Tahol, Di Sabah. Malaysian Journal of Youth Studies, 11. pp. 143-153. ISSN 2180-1649

[img]
Preview
PDF
PERANAN GOLONGAN MUDA DALAM PERUBAHAN AGAMA (abstract).pdf

Download (248kB) | Preview

Abstract

Golongan muda merupakan golongan yang paling dinamik dalam sesebuah masyarakat. Kekuatan fizikal dan mental yang mereka miliki serta keinginan yang tinggi terhadap sesuatu perkara menjadikan golongan ini sentiasa aktif meneroka apa juga kemungkinan dalam kehidupan. Oleh sebab itu, golongan muda lazimnya memainkan peranan penting dalam memacu perubahan dalam masyarakatnya. Masyarakat Murut Tahol misalannya telah meninggalkan kepercayaan tradisional, dan menganut agama Kristian hasil daripada dinamika golongan mudanya. Makalah ini akan membincangkan tentang perubahan agama masyarakat peribumiSabah ini serta peranan yang dimainkan oleh golongan mudanya. Hal ini menarik untuk ditonjolkan memandangkan isu agama dan kepercayaan biasanya dikuasaioleh golongan tua; tetapi golongan muda masyarakat ini berjaya membuktikan sebaliknya. Apakah yang telah mereka lakukan bagi meyakinkan masyarakatnya untuk meninggalkan kepercayaan tradisi nenek moyang yang telah dianuti sejak turun temurun, dan menganut satu agama baharu. Maklumat dan perbincangan dalam makalah ini adalah hasil kajian yang dilakukan di Ulu Tomani, Sabah. Selain daripada korpus perpustakaan dan temu bual informan penting, kajian ini juga menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta untuk mendalami masyarakat yang dikaji.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pendidikan, Education, Institusi Pengajian Tinggi Awam, IPTA, Public Higher Education Institutions, Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS, Universiti, University, Kuching, Samarahan, Sarawak, Borneo, Malaysia, Murut Tohol, Traditional belief, christianity, Sabah natives
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Fatahyah binti Yahya
Date Deposited: 18 Aug 2016 22:35
Last Modified: 24 Feb 2017 07:18
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/13088

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item