Laporan Lawatan Sambil Belajar Pelajar Tahun Akhir Kajian Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial ke Beijing, China 2013

Ishak, F. (2013) Laporan Lawatan Sambil Belajar Pelajar Tahun Akhir Kajian Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial ke Beijing, China 2013. Working Paper. Universiti Malaysia Sarawak.

[img] PDF
Laporan lawatan ke Beijing China 2013.docx

Download (1MB)

Abstract

Program ‘Unimas to China: A Diplomatic Journey Begins - Session 3’ adalah program lawatan yang dianjurkan oleh pelajar tahun akhir program Kajian Antarabangsa dari Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak. Program ini disertai seramai 30 orang iaitu 25 orang pelajar tahun akhir dan 5 orang pensyarah pengiring. Program ini berlangsung selama tujuh hari mulai 6 April 2013 hingga 12 April 2013. Program ini bertujuan sebagai lawatan sambil belajar dan mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China terutamanya dalam kalangan mahasiswa/i kedua-dua universiti iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Beijing Foreign Studies University (BFSU). China telah menjadi lokasi pilihan program ini kerana ia merupakan salah satu tempat yang terkenal sebagai pusat ilmu intelektual yang tersohor serta mempunyai banyak nilai sejarah untuk diterokai seperti sejarah kesenian masyarakat China. BFSU merupakan salah sebuah universiti yang melatih bakal-bakal duta dan pembuat polisi di China pada masa akan datang, Oleh itu, program lawatan ini bertepatan dengan bidang yang diambil dan kursus-kursus yang ditawarkan kepada pelajar program Kajian Antarabangsa, Universiti Malaysia Sarawak.

Item Type: Monograph (Working Paper)
Uncontrolled Keywords: Lawatan sambil belajar, China, 2013, FSS, Fakulti Sains Sosial, Program ‘Unimas to China: A Diplomatic Journey Begins, Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS,
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 20 Mar 2014 03:36
Last Modified: 24 Mar 2015 01:54
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/1269

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item