Berita Televisyen Dan Kebebasan Media Di Malaysia: Suatu Kajian Terhadap Berita Televisyen Bahasa Inggeris Tv2 Dan Ntv7

Yow, Chong Lee (2014) Berita Televisyen Dan Kebebasan Media Di Malaysia: Suatu Kajian Terhadap Berita Televisyen Bahasa Inggeris Tv2 Dan Ntv7. Malaysian Journal of Communication, 30 (2). pp. 141-158. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
berita televisyen dan kebebasan media (abstract).pdf

Download (223kB) | Preview
Official URL: https://scholar.google.com/citations?view_op=view_...

Abstract

Kebebasan media tidak pernah dipinggirkan dalam wacana dan perbincangan ilmiah. Baru-baru ini, indeks kebebasan akhbar di Malaysia telah dilaporkan jatuh dua kaki tangga ke kedudukan 147, berbanding dengan 145 pada tahun sebelumnya (Reporters Without Borders, 2014). Perkara ini telah menunjukkan betapa pentingnya untuk pengkaji meneliti ruangan kebebasan media, khususnya terhadap kewartawanan dan pemberitaan bahasa Inggeris di televisyen tidak berbayar (free-to-air television), iaitu TV2 dan NTV7. Berita bahasa Inggeris yang dilaporkan di keduadua televisyen telah dijadikan sampel kajian dan rujukan dalam kajian ini. Walau bagaimanapun, kajian ini bukanlah sebuah kajian kuantitatif yang melibatkan kajian analisis kandungan. Namun, artikel ini menggunakan analisis konteks yang menumpu kepada asal usul kewartawanan di Malaysia dengan meneliti dasar dan akta negara ini seiring dengan pemilikan saluran televisyen di Malaysia. Seterusnya, sampel kajian telah dianalisis berdasarkan daripada pemerhatian terhadap mitos-mitos seperti nasionalisme dan perpaduan kebangsaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa output berita yang bertindak sebagai agen penstabilan dan pembangunan kebangsaan berkait rapat dengan kawalan dan pemilikan terhadap televisyen di Malaysia. Oleh itu, usaha dalam memperolehi ruang kebebasan media merupakan suatu proses yang berterusan dan hanya akan berhasil dengan melangkaui kesemua isu yang dibincangkan dalam artikel

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: media, berita televisyen, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Abdul Hamid
Date Deposited: 01 Mar 2016 01:46
Last Modified: 01 Mar 2016 01:46
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/10618

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item