Menelusuri Estetika Tradisi Lisan Berladuh Lanang

Wan Robiah, Meor Osman (2012) Menelusuri Estetika Tradisi Lisan Berladuh Lanang. Issues in Language Studies, 1 (1). ISSN 2180-2726

[img]
Preview
PDF
Menelusuri Estetika Tradisi Lisan Berladuh Lanang (abstract).pdf

Download (554kB) | Preview

Abstract

Masyarakat Melayu Sarawak yang merupakan masyarakat ketiga terbesar di Sarawak terkenal dengan tradisi lisan yang diwarisi turun-temurun. Hal ini boleh dilihat dari segi adat dan budaya yang tercermin melalui aktiviti atau upacara seperti merisik, pertunangan, perkahwinan, mengandung, kelahiran, kematian dan sebagainya. Kehalusan budi dan budaya yang diwarisi ini menjadi simbol jati diri dan keunikan bangsa Melayu Sarawak. Nyanyian tradisi yang popular dalam masyarakat Melayu Sarawak ialah Berladuh Lanang. Nyanyian tradisi ini ialah sebahagian daripada hasil kreativiti yang tercipta secara spontan dan menjadi siulan serta lagu-Iaguan dalam kalangan masyarakatnya. Nyanyian ini juga sarat dengan nilai estetikanya yang menyelitkan unsur alam dengan mesej kasih sayang dan kesantunan yang mewarnai setiap kata yang dicipta. Oleh itu, karya tradisi harus diangkat, diketengahkan, diteliti dan didokumentasikan keindahan dan keunikannya untuk tontonan serta kebanggaan seluruh ahlinya agar tidak luntur ditelan zaman.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: tradisi oral, Dialek Melayu Sarawak, adat tradisi, oral tradition, Sarawak Malay dialect, traditional customs, research, Universiti Malaysia Sarawak, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies
Faculties, Institutes, Centres > Centre for Language Studies
Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 06 Jan 2016 06:00
Last Modified: 06 Jan 2016 06:00
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/10062

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item