Penghijrahan pendatang Indonesia ke Malaysia. Satu tinjauan dari perspektif ekonomi dan sosio-budaya

Norziah, Bt.Mohamed Ali (1997) Penghijrahan pendatang Indonesia ke Malaysia. Satu tinjauan dari perspektif ekonomi dan sosio-budaya. [Final Year Project Report] (Unpublished)

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3973/3933)
Norziah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau penghijrahan pendatang Indonesia ke Malaysia dari perspektif ekonomi dan sosio-budaya. Kajian lebi ditumpukan kepada aspek ekonomi dan sosio-budaya kerana ia merupakan faktor utama dalam mempengaruhi keputusan untuk berhijrah. Proses penghijrahan pendatang Indonesia didapati berlaku peringkat demi peringkat dan mereka sebenamya mengulangi apa yang dilakukan oleh rakan dan saudara yang berhijrah terlebih dahulu. Negara Malaysia sexing dianggap `Syurga Pekerjaan' bagi pendatang asing yang akan menjanjikan pelbagai kemewahan kepada mereka. Pendatang Indonesia yang terkenal dengan semangat juang yang tinggi dan rajin bekerja, mengamalkan prinsip "Sanggup Bergadai Nyawa" asalkan mereka dapat masuk ke Malaysia walaupun secara tanpa izin. Terdapat banyak faktor yang mendorong serta memudahkan kemasukan mereka antaranya wujud peluang pekerjaan yang lebih tinggi dan sikap rakyat tempatan yang memilih pekerjaan, kadar upah yang tinggi berbanding negara asal, persamaan sejarah latarbelakang, budaya, bahasa dan agama, kegiatan sindiket haram dan sebagainya. Yang jelas kemasukan mereka turnt dibantu oleh rakan dan saudara yang berada di Malaysia, taikong dan penduduk tempatan yang memerlukan khidmat mereka. Penghijrahan pendatang Indonesia secara beramai-ramai dan tidak terkawal menimbulkan pelbagai implikasi. Didapati implikasi negatif lebih dominan dari implikasi positif. Antaranya pengaliran keluar wang negara, perbelanjaan pentadbiran berhubung dengan PATI, wujud masalah setinggan dan peru. mahan, peningkatan kadar jenayah, meningkatkan masalah sosial dan sebagainya. Bagi membendung masalah penghijrahan pendatang tanpa izin, pelbagai langkah telah dan sedang diambil oleh kerajaan Malaysia seperti Ops Nyah 1 dan Ops Nyah 11 mahupun kerjasama dua hala antara kerajaan Malaysia dan Indonesia seperti menandatangani Perjanjian Medan 1984 dan Penghantaran semula PATI.

Item Type: Final Year Project Report
Additional Information: Project Report (B.Sc.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 1997
Uncontrolled Keywords: Immigrants,Cultural assimilation, Assimilation (Sociology), unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, undergraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 06 Jan 2016 05:03
Last Modified: 25 Jan 2024 07:29
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/10050

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item